Assalamualaikum~Hello~Olla

Thanx for visiting my blog..Hope you'll enjoy it!!

Welcome~

Welcome~
Swadikaaaapppp~~

Friday, 12 February 2016

Ectopic pregnancy vs Keguguran

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah dengan izinNya deberi kesihatan yg semakin pulih dr pembedahan baru2 ni. Kehilangan itu masih terasa selagi parut masih berbisa. InsyaAllah redha dengan kehilangan "dia" Alhamdulillah Allah meminjamkan nikmat itu walau seketika, cuba bermuhasabah atas kehilangan "dia"

Entry kali ini teringin pula menulis tentang Ectopic pregnancy atau lebih dikenali sebagai mengandung luar rahim dan keguguran di awal kehamilan yg biasa kita dengar. Kedua-dua jenis kandungan ini adalah berbeza diantaranya. Ramai yg bertanya tentang kehilangan tempoh hari. Ramai juga yg memberi respon di mana ectopic pregnancy ini berlaku akibat aktiviti lasak yg kita lakukan di awal kehamilan.

Apakah itu kehamilan di luar rahim?


Dalam bahasa Inggeris, istilah ini dipanggil ectopic pregnancy. Perkataan ectopic bermaksud "di tempat yang salah". Dan seperti namanya, kehamilan di luar rahim bermaksud kehamilan yang membesar di luar rahim ibu.

Dalam kebanyakan kes kehamilan di luar rahim (95 peratus), implantasi berlaku dalam tiub falopio, dan sebab itulah ia juga dikenali sebagai kehamilan tiub (tubal pregnancy). Apabila kehamilan ini berkembang, ia menyebabkan kesakitan dan pendarahan, dan jika dibiarkan, tiub falopio tersebut boleh pecah dan mengakibatkan pendarahan dalaman.

Ini merupakan kes kecemasan dan boleh mengancam nyawa. Kehamilan seperti ini tidak bertahan lama kerana ia tidak dapat dialihkan ke dalam rahim. Ia harus digugurkan sepenuhnya.

Mengapakah kehamilan di luar rahim berlaku?


Telur yang telah disenyawakan biasanya mengambil masa lima hingga enam hari untuk bergerak melalui tiub falopio dari ovari ke rahim di mana ia akan diimplantasi dan mula berkembang. Sebab yang paling biasa kehamilan seperti ini berlaku ialah apabila tiub tersebut telah rosak, menyebabkannya tersumbat atau sempit, lantas menghalang telur tersebut daripada sampai ke destinasinya. Oleh itu, ia akan terimplan di dinding tiub, bukannya di dinding rahim.

Untuk maklumat yg lebih lanjut boleh layari: http://www.babycenter.com.my/a1052719/kehamilan-di-luar-rahim#ixzz3zxdsHumT


Apakah maksud keguguran pada awal kehamilan?

Keguguran pada awal kehamilan ialah keguguran yang berlaku dalam 12 minggu pertama kehamilan. Agak malang kerana perkara ini kerap berlaku, malah tidak mustahil bagi anda mengalami keguguran walaupun sebelum anda tahu bahawa anda hamil. Dianggarkan sebanyak tiga perempat daripada semua telur yang disenyawakan akan gugur dalam minggu-minggu awal kehamilan ini.

Apakah yang menyebabkan keguguran pada awal kehamilan? Keguguran pada awal kehamilan biasanya berlaku kerana embrio tidak berkembang seperti yang sepatutnya. Masalah kromosom juga dikatakan adalah penyebab yang biasa. Masalah-masalah ini biasanya berlaku tanpa sebarang sebab dan mungkin tidak akan berlaku lagi.

Bayi memerlukan jumlah kromosom normal yang tepat untuk dia berkembang seperti sepatutnya. Dia memerlukan 23 kromosom daripada ibu dan 23 lagi daripada bapa. Ketaknormalan kromosom boleh menghalang bayi daripada berkembang. Ketaknormalan ini mungkin berlaku kerana jumlah kromosom tidak tepat, atau kerana terdapat perubahan dalam struktur kromosom tersebut. Dalam kes ini, kehamilan akan terhenti pada fasa embrio.


Untuk maklumat yg lebih lanjut boleh layari: http://www.babycenter.com.my/a1052725/keguguran-pada-awal-kehamilan#ixzz3zxeiPD62


Kesimpulannya, ectopic pregnancy berlaku apabila telur yg telah disenyawakan gagal utk bergerak dan melekat di dinding rahim manakala keguguran berlaku apabila embrio yg telah melekat di dinding rahim gugur atas sebab2 yg dinyatakan. Wallahua'lam.


Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan Allah SWT. InsyaAllah.

Sunday, 31 January 2016

Dugaan dari Allah tanda kita kuat..

Assalamualaikum wbt...

Hari ni masuk post-op day 7 selepas pembedahan laparoskopik utk ectopic pregnancy yg ku kira amat berat dugaan buat aku dan suami. tapi alhamdulillah atas support dari suami dan kedua belah keluarga ku gagahkan diri. Sedih tu mmg sedih, tapi kiranya dugaan dari Allah ini menguji kekuatan kami utk menempuhinya. Setelah 4 bulan menunggu kehadiran cahaya mata, berita yg gembira ini dikhabarkan pada suami saat hari ulang tahun kelahirannya. tak sabar rasanya menanti org baru dalam keluarga kami. Namun, kasih sayang Allah pada kandunganku melebihi segalanya. Pada 25 Januari, sakit yg amat teruk dialami sehingga tidak mampu berdiri. PPK wad menghantarku ke Hospital Bersalin. Selepas pendaftaran dilakukan, aku ke bilik scan. Saat menanti doktor datang memeriksaku, x henti2 aku berdoa supaya diselamatkan kandunganku. Selepas beberapa doktor datang memeriksaku, mereka mengesahkan bahawa kandunganku di luar rahim. Mereka mengarahkan supaya pembedahan laparoskopik dilakukan segera. Suami sampai di hospital sebelum aku dimasukkan ke wad. Tiada apa yg aku mampu fikirkan. Kesakitan yg teramat di bahagian kanan perutku melebihi seglanya. Aku redha dengan ketentuanNya. Petang itu, jam 2 bilik pembedahan telah memanggilku, aku bersiap dengan bantuan suami. Tak putus2 berdoa supaya dipermudahkan urusanku. Setelah 4 jam bertarung, aku dikejutkan untuk dihantar semula ke wad. Suami setia menemaniku sehingga jam 9 malam. Alhamdulillah, 3 tebukan kecil di perutku menjadi tanda terhadap diriku. Aku tidak putus2 berdoa supaya diberi kesihatan seperti sedia kala dan insyaAllah diberi rezeki menimang cahaya mata lagi. Aamiin...terima kasih kepada suami yg tak putus2 memberi semangat dan dorongan kepadaku. I LOVE YOU even more...

Wassalam.. <3