Assalamualaikum~Hello~Olla

Thanx for visiting my blog..Hope you'll enjoy it!!

Welcome~

Welcome~
Swadikaaaapppp~~

Friday, 12 February 2016

Ectopic pregnancy vs Keguguran

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah dengan izinNya deberi kesihatan yg semakin pulih dr pembedahan baru2 ni. Kehilangan itu masih terasa selagi parut masih berbisa. InsyaAllah redha dengan kehilangan "dia" Alhamdulillah Allah meminjamkan nikmat itu walau seketika, cuba bermuhasabah atas kehilangan "dia"

Entry kali ini teringin pula menulis tentang Ectopic pregnancy atau lebih dikenali sebagai mengandung luar rahim dan keguguran di awal kehamilan yg biasa kita dengar. Kedua-dua jenis kandungan ini adalah berbeza diantaranya. Ramai yg bertanya tentang kehilangan tempoh hari. Ramai juga yg memberi respon di mana ectopic pregnancy ini berlaku akibat aktiviti lasak yg kita lakukan di awal kehamilan.

Apakah itu kehamilan di luar rahim?


Dalam bahasa Inggeris, istilah ini dipanggil ectopic pregnancy. Perkataan ectopic bermaksud "di tempat yang salah". Dan seperti namanya, kehamilan di luar rahim bermaksud kehamilan yang membesar di luar rahim ibu.

Dalam kebanyakan kes kehamilan di luar rahim (95 peratus), implantasi berlaku dalam tiub falopio, dan sebab itulah ia juga dikenali sebagai kehamilan tiub (tubal pregnancy). Apabila kehamilan ini berkembang, ia menyebabkan kesakitan dan pendarahan, dan jika dibiarkan, tiub falopio tersebut boleh pecah dan mengakibatkan pendarahan dalaman.

Ini merupakan kes kecemasan dan boleh mengancam nyawa. Kehamilan seperti ini tidak bertahan lama kerana ia tidak dapat dialihkan ke dalam rahim. Ia harus digugurkan sepenuhnya.

Mengapakah kehamilan di luar rahim berlaku?


Telur yang telah disenyawakan biasanya mengambil masa lima hingga enam hari untuk bergerak melalui tiub falopio dari ovari ke rahim di mana ia akan diimplantasi dan mula berkembang. Sebab yang paling biasa kehamilan seperti ini berlaku ialah apabila tiub tersebut telah rosak, menyebabkannya tersumbat atau sempit, lantas menghalang telur tersebut daripada sampai ke destinasinya. Oleh itu, ia akan terimplan di dinding tiub, bukannya di dinding rahim.

Untuk maklumat yg lebih lanjut boleh layari: http://www.babycenter.com.my/a1052719/kehamilan-di-luar-rahim#ixzz3zxdsHumT


Apakah maksud keguguran pada awal kehamilan?

Keguguran pada awal kehamilan ialah keguguran yang berlaku dalam 12 minggu pertama kehamilan. Agak malang kerana perkara ini kerap berlaku, malah tidak mustahil bagi anda mengalami keguguran walaupun sebelum anda tahu bahawa anda hamil. Dianggarkan sebanyak tiga perempat daripada semua telur yang disenyawakan akan gugur dalam minggu-minggu awal kehamilan ini.

Apakah yang menyebabkan keguguran pada awal kehamilan? Keguguran pada awal kehamilan biasanya berlaku kerana embrio tidak berkembang seperti yang sepatutnya. Masalah kromosom juga dikatakan adalah penyebab yang biasa. Masalah-masalah ini biasanya berlaku tanpa sebarang sebab dan mungkin tidak akan berlaku lagi.

Bayi memerlukan jumlah kromosom normal yang tepat untuk dia berkembang seperti sepatutnya. Dia memerlukan 23 kromosom daripada ibu dan 23 lagi daripada bapa. Ketaknormalan kromosom boleh menghalang bayi daripada berkembang. Ketaknormalan ini mungkin berlaku kerana jumlah kromosom tidak tepat, atau kerana terdapat perubahan dalam struktur kromosom tersebut. Dalam kes ini, kehamilan akan terhenti pada fasa embrio.


Untuk maklumat yg lebih lanjut boleh layari: http://www.babycenter.com.my/a1052725/keguguran-pada-awal-kehamilan#ixzz3zxeiPD62


Kesimpulannya, ectopic pregnancy berlaku apabila telur yg telah disenyawakan gagal utk bergerak dan melekat di dinding rahim manakala keguguran berlaku apabila embrio yg telah melekat di dinding rahim gugur atas sebab2 yg dinyatakan. Wallahua'lam.


Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan Allah SWT. InsyaAllah.

Sunday, 31 January 2016

Dugaan dari Allah tanda kita kuat..

Assalamualaikum wbt...

Hari ni masuk post-op day 7 selepas pembedahan laparoskopik utk ectopic pregnancy yg ku kira amat berat dugaan buat aku dan suami. tapi alhamdulillah atas support dari suami dan kedua belah keluarga ku gagahkan diri. Sedih tu mmg sedih, tapi kiranya dugaan dari Allah ini menguji kekuatan kami utk menempuhinya. Setelah 4 bulan menunggu kehadiran cahaya mata, berita yg gembira ini dikhabarkan pada suami saat hari ulang tahun kelahirannya. tak sabar rasanya menanti org baru dalam keluarga kami. Namun, kasih sayang Allah pada kandunganku melebihi segalanya. Pada 25 Januari, sakit yg amat teruk dialami sehingga tidak mampu berdiri. PPK wad menghantarku ke Hospital Bersalin. Selepas pendaftaran dilakukan, aku ke bilik scan. Saat menanti doktor datang memeriksaku, x henti2 aku berdoa supaya diselamatkan kandunganku. Selepas beberapa doktor datang memeriksaku, mereka mengesahkan bahawa kandunganku di luar rahim. Mereka mengarahkan supaya pembedahan laparoskopik dilakukan segera. Suami sampai di hospital sebelum aku dimasukkan ke wad. Tiada apa yg aku mampu fikirkan. Kesakitan yg teramat di bahagian kanan perutku melebihi seglanya. Aku redha dengan ketentuanNya. Petang itu, jam 2 bilik pembedahan telah memanggilku, aku bersiap dengan bantuan suami. Tak putus2 berdoa supaya dipermudahkan urusanku. Setelah 4 jam bertarung, aku dikejutkan untuk dihantar semula ke wad. Suami setia menemaniku sehingga jam 9 malam. Alhamdulillah, 3 tebukan kecil di perutku menjadi tanda terhadap diriku. Aku tidak putus2 berdoa supaya diberi kesihatan seperti sedia kala dan insyaAllah diberi rezeki menimang cahaya mata lagi. Aamiin...terima kasih kepada suami yg tak putus2 memberi semangat dan dorongan kepadaku. I LOVE YOU even more...

Wassalam.. <3

Monday, 10 December 2012

Aku, dia dan kamu ep 14

Sesampainya Farha dirumah, dia terus menaiki anak tangga ke biliknya. Entah apa yg patut difikirkan lagi. Dia berharap agar Haris tidak lagi menagih kasihnya. Khalis adalah keutamaanya. 6 bulan lagi dia akan menjadi milik Khalis selamanya. Dia tidak mahu setia da syangnya Khalis terhadapnya pudar dengan kemunculan Haris.

Malam itu, telefon milik Farha berdering menandakan ada mesej yang masuk. Alunan lagu "My All" mematikan lamunan Farha.

"Assalamualaikum... Dear my lovely future wife, Mrs Khalis...May we met up this night?" tanya Khalis.
"Waalaikumsalam my dearly future hubby, pukul berapa nk jumpa...? Tak payah nk speaking sgt........" balas Farha bersahaja.
"Hehee dalam pukul 8, abg fetch sayang boleh? I've got something for you......"
"Apa dia yg surprise sgt tuuu? Kan ibu dah cakap kita dh x blh kerap jumpa......"
"It won't take too long, juz a while only...plsssssss sayang!"
"Ok, give me about 10mins.."
"Ok, I'll be there in a while....miss u sayang...."

Farha terus bersiap, Khalis benar-benar mahu berjumpa dengannya, dia tidak mampu menolak kerana hatinya juga bergelodak dengan perasaan rindunya. Warna merah menjadi pilihan Farha malam itu, dia mengenakan blaus beropol dan seluar polos, sangat ringkas namun dia tetap menawan. Rambutnya disepitkan di tepi telinga.

Ponnn!! Ponnn!! Hon kereta milik Khalis membuatkan langkah Farha semakin panjang. Dia tidak mahu Khalis menunggunya lama. Dia bergegas menuruni anak tangga. Sesampainya di ruang tamu, dia menyarungkan sepatu pemberian Khalis.

"Maaf, Farha lewat sikit. Farha cll ibu tadi, ibu kirim salam kt awk...."
"Awk........?"
"Upssssss....." Farha lekas menekup mulutnya.
"Bila la sayang abg nak tukar panggilan ni...? esk2 dah kawin pn pggil "awk" lg...."
"Maaf ye, heheheheh..."Farha tersenyum kambing, malu.
"Abg nk bawak sayang pergi makan malam ni, lama dah kita tak candlelight dinner kn...?"
"Where we're going...?"
"Somewhere........First of all, abg nk sayang tahu, abang terlalu sayangkan sayang..." Khalis menggenggam erat jemari Farha.
"Farha always sayang kt abang...."
"Jom....."


Wednesday, 1 February 2012

Aku, dia dan kamu XIII

Haris dibenarkan pulang pada hari ini. Dia mengemas segala peralatan yang digunakan sepanjang dia berada di wad itu. Mummynya sangat gembira dengan kepulangan Haris. Namun tidak bagi dirinya. Dia merasakan sebuah kehilangan. Farha. Andai Haris mampu menjejaki Farha sudah tentu segalanya tidak mungkin terjadi dan Farha tentu menjadi miliknya. Dia termenung di birai katilnya. Fikirannya kusut.

"Arghhhhhh...!" keluh Haris sambil memegang kepalanya.
"Haris, kenapa ni..." tanya mummynya.
"Haris kesal mummy, Haris lelaki tak guna. Farha sangat dekat dengan Haris mummy! Kenapa Haris tak nampak dia..? Dia jaga Haris kat sini, dia dah jadi milik orang mummy..."
"Aaaappppaaaa yang Haris cakap ni...? Mummy tak faham.."
"Farha kerja kat sini mummy, kita yang tak perasan dia, dia jaga Haris kat sini tapi kita tak sedar. Semalam Farha dah bertunang, Haris kecewa sangat..."tersedu-sedu Haris meluahkan apa yang terbuku di hatinya.
"Sabar sayang, mummy janji mummy akan bawa Farha jumpa Haris.."
"No, Farha takkan jumpa Haris..Dia benci Haris, dia tak sayang Haris, mummy.."
"Mummy akan terangkan kat dia ape yang jadi.."Haris memeluk erat mummynya.
"Dah, jom balik.."
Haris hanya mengangguk. Tiada bantahan.

******
Farha berjalan laju, dia sudah lewat untuk masuk kerja kerana terlalu penat, nyenyaknya sampai ke tengah hari.
"Ishhhhhh...lif ni cepatllaaaaaaaaa!!"keluh Farha dalam hati.

Sesudah pintu lif dihadapannya terbuka, Farha terus merempuh masuk tanpa menoleh...

BANGGG!!! Farha terlanggar kerusi roda dihadapannya, dia terduduk di situ sambil mengusap kakinya. Dia tidak mendongak. Lelaki yang berada diatas kerusi roda itu sudah tunduk untuk memaut membantu Farha untuk bangun. Farha mendongak!

"Haaarrrriiiissssssss.....?"tidak terluah kata-kata itu.
Haris tergamam. Farha! Dia menggosok-gosok matanya seakan tidak percaya. Namun tindakan Farha lebih pantas. Dia bingkas bangun dan berlari menaiki tangga. Tidak sanggup dia mentap sepasang mata yang bening itu. Farha dapat merasakan ada seribu kesedihan dalam sepasang mata itu.

"Farha!!!!" jerit Haris.
Farha tidak menoleh malah dicepatkan langkahnya menaiki tangga ke wad. Cincin di jari manisnya digenggam erat. Dia perlukan Khalis, bukan Haris.
"Aku perlu tabahkan hati, Ya Allah tetapkan hatiku.."doa Farha dalam hatinya. Dia yakin akan kata hatinya.

*Bersambung..*

Monday, 23 January 2012

Aku, dia dan kamu XII

Haris meneleku di atas katil. Hari ni hari Ahad. Dia teringat akan sesuatu yang membatkan Haris kaget. Pucat lesi mukanya bagai tiada darah yang mengalir. Farha akan bertunang hari ni, ya! Kekasih hatinya akan menjadi milik insan lain. Walaupun Haris kurang pasti adakah Farha yang dilihatnya hari kelmarin. Tetapi hatinya amat kuat dan yakin itu adalah Farha. Dia hanya mampu berdoa atas pertunangan Farha itu. Air mata lelakinya jatuh. Sebak. Haris tidak dapat melakukan apa-apa. Dia sendiri tidak mampu bergerak tanpa bantuan. Akhirnya Haris terlena dengan juraian air mata menemaninya pagi itu.

Di rumah Farha..

Ibu Farha adalah insan yang paling sibuk sekali memastikan kelancaran majlis itu. Abah Farha pula amat gugup nampaknya. Anak perempuannya akan di sunting sekejap sahaja lagi. Adik Farha, Farhan mengambil cuti semata-mata untuk melihat pertunangan kakak kesayangannya. Farhan menolak daun pintu bilik Farha, dia ingin mengusik kakaknya. Farha berlgak tenang meskipun dalam hatinya hanya Tuhan sahaja yang tahu.

"Assalamualaikum bunga di taman, kumbang sejati nak masuk..boleh ke??" sapa Farhan.
"Adik, masuklah. Bagus jugak adik datang bolehla teman akak kat sini.." Balas Farha.
"Hehehe...adik tengok akak gabra semacam je, kan baru bertunang belum lagi kahwin. Kalau akad nikah nanti mesti lagi akak gugup.."
"Adik ni kan saje je taw."muka Farha sudah memerah.
"Ala akak ni..Ermmm..lepas ni adik tak boleh dah nak manja dgn akak, nanti ade yang jeles plak.."
"Apa la adik merepek ni..Adik still adik akak ok, dan abg Khalis tu dah macam abg adik sendiri, bila-bila adik nak jumpa akak pn boleh.." Farha cubit pipi adiknya.
"Awww..sakitlah! akak ni sampai hati cubit adik, adik nak ngadu kt abg Khalis cakap akak ni ganas, tak boleh buat bini..hahaha.."
"Amboi...dah pandai nak ngadu eh...ala, adik ngadu pn mesti abg tak boleh nk buat apa-apa sebab abg sayang akak..wekkkkk.."
"Ada pulak..ok la akak, adik nak keluar dulu t pihak abg Khalis datang adik nak ngadu..hehehe, bye akak!"laung Farhan lantas meninggalkan Farha.
"Adik!!"

Di ruang tamu rumah Farha, pihak rombongan Khalis sudah memenuhi ruangan itu. Farha hanya menanti dibiliknya. Dia gugup! Setelah selesai kedua-dua belah pihak berbincang, Farha dipanggil ibunya untuk turun. Sessi menyarungkan cicncin berlangsung. Umi Khalis menyarung dua bentuk cincin emas sebagai tanda Farha milik Khalis. Khalis hanya menanti di luar rumah Farha. Dia mengucapkan syukur atas majis yang berjalan dengan begitu lancar sekali.

"Khalis, mari masuk dalam.."panggil abah Farha. Khalis melangkah masuk. Dia tergamam! Farha sangat cantik bak bidadari kayangan.
"Apa yang Khalis tercegat lagi tu, mari tangkap gambar!"laungan abah Farha mematikan lamunan Khalis. Farha hanya menunuduk malu, tidak sanggup dia mendongak.
"Farha, bangun lekas. Bergambar dengan Khalis.."bisik ibunya. Farha bangun. Rasa terketar lutut kakinya. Khalis sudah menanti Farha. Farha berdiri berdekatan Khalis.
"Cantiknya sayang abg hari ni..."bisik Khalis. Farha hanya tersenyum, tunduk.
"Jangan lah gugat iman abg sayang dengan senyum macam tu..."usik Khalis.
"Abg ni kan...."Farha menghadiahkan sebuah cubitan di lengan Khalis.
"Awwww..! Sakitlah sayang.."Khalis menggosok-gosok lengannya..
"Padan muka! Kacau sayang lagi.." Farha membalas.

Khalis hanya tersenyum. Dia sangat bahagia bersama Farha. Dia yakin akan pilihannya. Khalis mahu Farha menjadi yang halal baginya dan melahirkan zuriatnya. Khalis tersenyum lagi...

*Bersambung..*

Thursday, 19 January 2012

Aku, dia dan kamu XI

Atas rawatan yang diberikan, Haris menunjukkan kemajuan dan respon yang positif. Haris sudah dapat menggerakkan dirinya dari katil ke kerusi roda dengan bantuan ahli keluarga yang menemaninya. Farha bertugas shif pagi pada hari berkenaan kerana dia akan cuti untuk majlis pertunangannya pada hujung minggu. Pagi itu semasa melalukan "ward round", sesampainya di hadapan bilik Haris, dia teragak-agak untuk masuk. Farha tahu, Hatis sudah sedar sepenuhnya, dia takut jika Haris dapat mengecamnya. Namun, atas sebab tanggunggjawab dan profesionalisme, dia menguatkan dirinya dan tekad untuk berlagak seperti biasa walaupun hatinya berbaur.

"En Haris apa khabar hari ni? Makin sihat?" tanya jururawat yang lainnya. Farha hanya mendiamkan diri.
"Alhamdulillah, saya semakin sembuh. Terima kasih semua atas bantuan yang telah diberikan semasa saya tidak sedarkan diri hari tu.."balas Haris ramah.

Tiba-tiba Haris dapat merasakan sesuatu yang menarik perhatiannya. Dia sendiri keliru dengan realiti dihadapannya.

"Farha......."sebut Haris perlahan. Dia terkedu di atas kerusi roda itu.

Farha segera memalingkan muka. Dia meneruskan langkah meninggalkan bilik itu. Hatinya kosong. Dia tidak menyangka Haris masih mengingati dirinya. Dia teringatkan sesuatu yang berjuntaian di lehernya. Rantai silver berserta loket berbentuk huruf "H" masih rapi di situ. Bukan Farha tidak mahu menanggalkannya, namun rantai itu seakan sudah sebati dengannya. Khalis pernah bertanya akan itu, Farha hanya membiarkan soalan Khalis berlalu tanpa jawapan.

Sementara itu di bilik Haris...

"Mummy, mummy nampak tak tadi jururawat yang berdiri kat pintu tadi? Haris rasa macam Farha je, mummy...?"
"Yang mana satu Haris? Mummy tak perasan pulak, hmmmm...anak mummy di banyak sangat fikir pasal Farha kot, tu yang terbayang-bayang.. Haris..Haris.."mummynya hanya mampu menggelengkan kepala.
"Betul mummy, Haris nampak Farha..Haris yakin tu Farha, dia pakai rantai tu.. Betul mummy..." Haris meyakinkan mummynya..
"Dah, Haris rehat sekarang. Mummya nak Haris cepat sihat. Makan ubat ni.." Mummynya menghulurkan ubat kepada Haris.
"Tapi mummy....."
"No tapi-tapi lagi..cepat, dengar cakap mummy.."Haris hanya menuruti kata ibunya. Dia yakin, jururawat tadi adalah Farha. Sambil merehatkan dirinya, kepalanya ligat memikirkan Farha. Seakan-akan Farha muncul untuk kembali kepadanya semula. Ya, dia sangat menyayangi Farha. Dahulu dia hanya mampu mengikut segala arahan mummynya sehinggalah dia mengugut mummynya. Saat itu, Datin Suliza tidak mampu lagi menolak sebarang tindakan yang dia ambil demi tidak mahu kehilangan Haris.

Setelah selesai shif Farha pada hari itu, dia bergegas pulang ke kampung. Persiapan untuk majlis pertunangannya sudah disediakan rapi oleh Khalis. Dia kenal akan Khalis, semuanya akan disediakan. Khalis tidak mahu menyusahkan pihak keluarga Farha.

Sementara itu..

Khalis keluar dari biliknya dengan berkerusi roda ke kaunter.

"Cik, boleh saya tahu..ada tak jururawat yang bekerja kat sini bernama Farha Izzati..?"
"Oh, cik Izzati..dia dah pulang bercuti, dengar kata dia nak bertunang. Kenapa ya, boleh saya bantu encik..?"
Haris kaget! "Bertunang..? dengan siapa..?" Haris hanya mampu melontarkan pertanyaan itu didalam hatinya, namun dia tak putus asa..
"Boleh saya dapatkan alamat rumahnya..?"
"Boleh saya tahu kenapa ya encik?" tanya jururawat itu.
"Dia kawan lama saya yang terpisah jauh, Hampir beberapa tahun saya tak jumpa dia. Saya ingat saya salah orang, rupanya betul.." Haris tersenyum kelat. Jururawat itu menulis sesuatu dan menghulurkan kertas itu kepada Haris.
"Ni alamat rumah mak dia, Encik bolehlah jumpa dengan dia.."
"Terima kasih ya.."

Haris berlalu dengan perasaan yang berkecamuk. Ada air jernih di pinggir krlopak matanya. Dia tekad untuk mencari Farha selepas dia keluar dari hospital itu.

*Bersambung..*

Monday, 16 January 2012

Aku, dia dan kamu X

Farha keliru, antara sedar dan dengan tidak sengaja dia telah menduakan perasaannnya. Haris dan Khalis. Dua-dua insan berada di hatinya meskipun nama Haris sudah lama terkubur, dia inginkan kepastian namun dia tak punya kekuatan. Hari pertunangan semakin hampir. Dia buntu. Kehadiran keluarga Haris memang tidak disangka, dia saban hari berdoa agar diberi kesempatan untuk berjumpa Haris, tetapi bukan lagi sebagai seorang kekasih, Farha tidak pinta itu semua. Yang paling penting dia inginkan jawapan atas kenangan pahitnya dulu. Petang itu dia bertemu Khalis, kebetulan Khalis ada meeting bersama klien di situ...

"Sayang, kenapa ni..? Macam bad mood aje?"
"Ermmm..Farha tak tahu nak mula macam mana..Farha sedih sgt.."
"Sayang cuba cerita kat abg, mana tahu abg leh tolong sayang..atau sayang stress dengan kerja..?"
"Emmmmm..tak..ermmm..."
"Kenapa ni, abg risau tgk sayang macam ni..."
"Ermmmm...abg ingat tak Haris yang pernah Farha cerita kt abg dulu..?"
"Haris...? Ermmmm..yang mana ek?"
"My first love dulu..."
"Owh...haaaaa..abg ingat, yang masa Farha sekolah dulu ea?"
"Yup.."
"Kenapa dgn dia?"
"Dia admit ward Farha.."
"Really...??"
"Yes...Farha jumpa mummy dia semalam, tapi nasib baik dia tak cam Farha.. Bila family dia dah balik, Farha cuba nak tengok dia betul ke tak, dia sebut nama Farha..masa tu Farha tak dapat nak tahan perasaan Farha.." luah Farha..
"Sayang, sayang bertenang ok..Mungkin doa Farha selama ni Allah dah makbulkan.."nasihat Khalis sambil memegang bahu Farha seakan memberi kekuatan kepadanya..
"Tapi, Farha sedih. Farha jumpa dia dalam keadaan dia yang macam tu, Farha dapat rasakan perpisahan kami dulu, bukan kerelaan dia.."air mata Farha sudah menderas laju.
"Sayang, dengar cakap abg. Setiap dugaan yang Allah berikan untuk uji kekuatan hambanya. Farha kan ada abg. Dah, jangan nangis.." Khalis mengesat juntaian air mata Farha.
"Farha rindukan dia.."
"Abg tak salah kan Farha untuk merindui dia, tapi Farha kena ingat realiti yang ada di depan Farha sekarang. Abg nak bahagiakan Farha.."
"Farha sayang abg.."
"Sayang tunggu kejap ea, abg nak pergi kedai dekat situ jap.." tunjuk Khaliss ke arah sebuah kedai berdekatan. Farha hanya mengangguk.

5 minit kemudian..

"Sayang tutup mata..abg ade surprise.."arah Khali sambil tangannya disorokkan dibelakang.
"Nak buat apa ni abg?"
"Pejam jela sayang..."
"Ada-ada jela abg ni.."rungut Farha sambil menurut kata Khalis.
Khalis meletakkan aiskrim Cornetto di hadapan mata Farha yang tertutup rapat itu.
"Ok, sayang boleh bukak mata.."
"Abg ni kan....."
"Hehehehe..tak boleh ke..?"
"Boleh.."kata Farha. Ais krim itu bertukar tangan.
"Satu je ke? abg punya..?"
"Kita kongsilah sayang..hehehehe.."

Farha hanya tersenyum. Bahagia.

*Bersambung..*