Assalamualaikum~Hello~Olla

Thanx for visiting my blog..Hope you'll enjoy it!!

Welcome~

Welcome~
Swadikaaaapppp~~

Friday, 12 February 2016

Ectopic pregnancy vs Keguguran

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah dengan izinNya deberi kesihatan yg semakin pulih dr pembedahan baru2 ni. Kehilangan itu masih terasa selagi parut masih berbisa. InsyaAllah redha dengan kehilangan "dia" Alhamdulillah Allah meminjamkan nikmat itu walau seketika, cuba bermuhasabah atas kehilangan "dia"

Entry kali ini teringin pula menulis tentang Ectopic pregnancy atau lebih dikenali sebagai mengandung luar rahim dan keguguran di awal kehamilan yg biasa kita dengar. Kedua-dua jenis kandungan ini adalah berbeza diantaranya. Ramai yg bertanya tentang kehilangan tempoh hari. Ramai juga yg memberi respon di mana ectopic pregnancy ini berlaku akibat aktiviti lasak yg kita lakukan di awal kehamilan.

Apakah itu kehamilan di luar rahim?


Dalam bahasa Inggeris, istilah ini dipanggil ectopic pregnancy. Perkataan ectopic bermaksud "di tempat yang salah". Dan seperti namanya, kehamilan di luar rahim bermaksud kehamilan yang membesar di luar rahim ibu.

Dalam kebanyakan kes kehamilan di luar rahim (95 peratus), implantasi berlaku dalam tiub falopio, dan sebab itulah ia juga dikenali sebagai kehamilan tiub (tubal pregnancy). Apabila kehamilan ini berkembang, ia menyebabkan kesakitan dan pendarahan, dan jika dibiarkan, tiub falopio tersebut boleh pecah dan mengakibatkan pendarahan dalaman.

Ini merupakan kes kecemasan dan boleh mengancam nyawa. Kehamilan seperti ini tidak bertahan lama kerana ia tidak dapat dialihkan ke dalam rahim. Ia harus digugurkan sepenuhnya.

Mengapakah kehamilan di luar rahim berlaku?


Telur yang telah disenyawakan biasanya mengambil masa lima hingga enam hari untuk bergerak melalui tiub falopio dari ovari ke rahim di mana ia akan diimplantasi dan mula berkembang. Sebab yang paling biasa kehamilan seperti ini berlaku ialah apabila tiub tersebut telah rosak, menyebabkannya tersumbat atau sempit, lantas menghalang telur tersebut daripada sampai ke destinasinya. Oleh itu, ia akan terimplan di dinding tiub, bukannya di dinding rahim.

Untuk maklumat yg lebih lanjut boleh layari: http://www.babycenter.com.my/a1052719/kehamilan-di-luar-rahim#ixzz3zxdsHumT


Apakah maksud keguguran pada awal kehamilan?

Keguguran pada awal kehamilan ialah keguguran yang berlaku dalam 12 minggu pertama kehamilan. Agak malang kerana perkara ini kerap berlaku, malah tidak mustahil bagi anda mengalami keguguran walaupun sebelum anda tahu bahawa anda hamil. Dianggarkan sebanyak tiga perempat daripada semua telur yang disenyawakan akan gugur dalam minggu-minggu awal kehamilan ini.

Apakah yang menyebabkan keguguran pada awal kehamilan? Keguguran pada awal kehamilan biasanya berlaku kerana embrio tidak berkembang seperti yang sepatutnya. Masalah kromosom juga dikatakan adalah penyebab yang biasa. Masalah-masalah ini biasanya berlaku tanpa sebarang sebab dan mungkin tidak akan berlaku lagi.

Bayi memerlukan jumlah kromosom normal yang tepat untuk dia berkembang seperti sepatutnya. Dia memerlukan 23 kromosom daripada ibu dan 23 lagi daripada bapa. Ketaknormalan kromosom boleh menghalang bayi daripada berkembang. Ketaknormalan ini mungkin berlaku kerana jumlah kromosom tidak tepat, atau kerana terdapat perubahan dalam struktur kromosom tersebut. Dalam kes ini, kehamilan akan terhenti pada fasa embrio.


Untuk maklumat yg lebih lanjut boleh layari: http://www.babycenter.com.my/a1052725/keguguran-pada-awal-kehamilan#ixzz3zxeiPD62


Kesimpulannya, ectopic pregnancy berlaku apabila telur yg telah disenyawakan gagal utk bergerak dan melekat di dinding rahim manakala keguguran berlaku apabila embrio yg telah melekat di dinding rahim gugur atas sebab2 yg dinyatakan. Wallahua'lam.


Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan Allah SWT. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment