Assalamualaikum~Hello~Olla

Thanx for visiting my blog..Hope you'll enjoy it!!

Welcome~

Welcome~
Swadikaaaapppp~~

Wednesday, 1 February 2012

Aku, dia dan kamu XIII

Haris dibenarkan pulang pada hari ini. Dia mengemas segala peralatan yang digunakan sepanjang dia berada di wad itu. Mummynya sangat gembira dengan kepulangan Haris. Namun tidak bagi dirinya. Dia merasakan sebuah kehilangan. Farha. Andai Haris mampu menjejaki Farha sudah tentu segalanya tidak mungkin terjadi dan Farha tentu menjadi miliknya. Dia termenung di birai katilnya. Fikirannya kusut.

"Arghhhhhh...!" keluh Haris sambil memegang kepalanya.
"Haris, kenapa ni..." tanya mummynya.
"Haris kesal mummy, Haris lelaki tak guna. Farha sangat dekat dengan Haris mummy! Kenapa Haris tak nampak dia..? Dia jaga Haris kat sini, dia dah jadi milik orang mummy..."
"Aaaappppaaaa yang Haris cakap ni...? Mummy tak faham.."
"Farha kerja kat sini mummy, kita yang tak perasan dia, dia jaga Haris kat sini tapi kita tak sedar. Semalam Farha dah bertunang, Haris kecewa sangat..."tersedu-sedu Haris meluahkan apa yang terbuku di hatinya.
"Sabar sayang, mummy janji mummy akan bawa Farha jumpa Haris.."
"No, Farha takkan jumpa Haris..Dia benci Haris, dia tak sayang Haris, mummy.."
"Mummy akan terangkan kat dia ape yang jadi.."Haris memeluk erat mummynya.
"Dah, jom balik.."
Haris hanya mengangguk. Tiada bantahan.

******
Farha berjalan laju, dia sudah lewat untuk masuk kerja kerana terlalu penat, nyenyaknya sampai ke tengah hari.
"Ishhhhhh...lif ni cepatllaaaaaaaaa!!"keluh Farha dalam hati.

Sesudah pintu lif dihadapannya terbuka, Farha terus merempuh masuk tanpa menoleh...

BANGGG!!! Farha terlanggar kerusi roda dihadapannya, dia terduduk di situ sambil mengusap kakinya. Dia tidak mendongak. Lelaki yang berada diatas kerusi roda itu sudah tunduk untuk memaut membantu Farha untuk bangun. Farha mendongak!

"Haaarrrriiiissssssss.....?"tidak terluah kata-kata itu.
Haris tergamam. Farha! Dia menggosok-gosok matanya seakan tidak percaya. Namun tindakan Farha lebih pantas. Dia bingkas bangun dan berlari menaiki tangga. Tidak sanggup dia mentap sepasang mata yang bening itu. Farha dapat merasakan ada seribu kesedihan dalam sepasang mata itu.

"Farha!!!!" jerit Haris.
Farha tidak menoleh malah dicepatkan langkahnya menaiki tangga ke wad. Cincin di jari manisnya digenggam erat. Dia perlukan Khalis, bukan Haris.
"Aku perlu tabahkan hati, Ya Allah tetapkan hatiku.."doa Farha dalam hatinya. Dia yakin akan kata hatinya.

*Bersambung..*

No comments:

Post a Comment