Haris meneleku di atas katil. Hari ni hari Ahad. Dia teringat akan sesuatu yang membatkan Haris kaget. Pucat lesi mukanya bagai tiada darah yang mengalir. Farha akan bertunang hari ni, ya! Kekasih hatinya akan menjadi milik insan lain. Walaupun Haris kurang pasti adakah Farha yang dilihatnya hari kelmarin. Tetapi hatinya amat kuat dan yakin itu adalah Farha. Dia hanya mampu berdoa atas pertunangan Farha itu. Air mata lelakinya jatuh. Sebak. Haris tidak dapat melakukan apa-apa. Dia sendiri tidak mampu bergerak tanpa bantuan. Akhirnya Haris terlena dengan juraian air mata menemaninya pagi itu.
Di rumah Farha..
Ibu Farha adalah insan yang paling sibuk sekali memastikan kelancaran majlis itu. Abah Farha pula amat gugup nampaknya. Anak perempuannya akan di sunting sekejap sahaja lagi. Adik Farha, Farhan mengambil cuti semata-mata untuk melihat pertunangan kakak kesayangannya. Farhan menolak daun pintu bilik Farha, dia ingin mengusik kakaknya. Farha berlgak tenang meskipun dalam hatinya hanya Tuhan sahaja yang tahu.
"Assalamualaikum bunga di taman, kumbang sejati nak masuk..boleh ke??" sapa Farhan.
"Adik, masuklah. Bagus jugak adik datang bolehla teman akak kat sini.." Balas Farha.
"Hehehe...adik tengok akak gabra semacam je, kan baru bertunang belum lagi kahwin. Kalau akad nikah nanti mesti lagi akak gugup.."
"Adik ni kan saje je taw."muka Farha sudah memerah.
"Ala akak ni..Ermmm..lepas ni adik tak boleh dah nak manja dgn akak, nanti ade yang jeles plak.."
"Apa la adik merepek ni..Adik still adik akak ok, dan abg Khalis tu dah macam abg adik sendiri, bila-bila adik nak jumpa akak pn boleh.." Farha cubit pipi adiknya.
"Awww..sakitlah! akak ni sampai hati cubit adik, adik nak ngadu kt abg Khalis cakap akak ni ganas, tak boleh buat bini..hahaha.."
"Amboi...dah pandai nak ngadu eh...ala, adik ngadu pn mesti abg tak boleh nk buat apa-apa sebab abg sayang akak..wekkkkk.."
"Ada pulak..ok la akak, adik nak keluar dulu t pihak abg Khalis datang adik nak ngadu..hehehe, bye akak!"laung Farhan lantas meninggalkan Farha.
"Adik!!"
Di ruang tamu rumah Farha, pihak rombongan Khalis sudah memenuhi ruangan itu. Farha hanya menanti dibiliknya. Dia gugup! Setelah selesai kedua-dua belah pihak berbincang, Farha dipanggil ibunya untuk turun. Sessi menyarungkan cicncin berlangsung. Umi Khalis menyarung dua bentuk cincin emas sebagai tanda Farha milik Khalis. Khalis hanya menanti di luar rumah Farha. Dia mengucapkan syukur atas majis yang berjalan dengan begitu lancar sekali.
"Khalis, mari masuk dalam.."panggil abah Farha. Khalis melangkah masuk. Dia tergamam! Farha sangat cantik bak bidadari kayangan.
"Apa yang Khalis tercegat lagi tu, mari tangkap gambar!"laungan abah Farha mematikan lamunan Khalis. Farha hanya menunuduk malu, tidak sanggup dia mendongak.
"Farha, bangun lekas. Bergambar dengan Khalis.."bisik ibunya. Farha bangun. Rasa terketar lutut kakinya. Khalis sudah menanti Farha. Farha berdiri berdekatan Khalis.
"Cantiknya sayang abg hari ni..."bisik Khalis. Farha hanya tersenyum, tunduk.
"Jangan lah gugat iman abg sayang dengan senyum macam tu..."usik Khalis.
"Abg ni kan...."Farha menghadiahkan sebuah cubitan di lengan Khalis.
"Awwww..! Sakitlah sayang.."Khalis menggosok-gosok lengannya..
"Padan muka! Kacau sayang lagi.." Farha membalas.
Khalis hanya tersenyum. Dia sangat bahagia bersama Farha. Dia yakin akan pilihannya. Khalis mahu Farha menjadi yang halal baginya dan melahirkan zuriatnya. Khalis tersenyum lagi...
*Bersambung..*
No comments:
Post a Comment