Assalamualaikum~Hello~Olla

Thanx for visiting my blog..Hope you'll enjoy it!!

Welcome~

Welcome~
Swadikaaaapppp~~

Thursday, 19 January 2012

Aku, dia dan kamu XI

Atas rawatan yang diberikan, Haris menunjukkan kemajuan dan respon yang positif. Haris sudah dapat menggerakkan dirinya dari katil ke kerusi roda dengan bantuan ahli keluarga yang menemaninya. Farha bertugas shif pagi pada hari berkenaan kerana dia akan cuti untuk majlis pertunangannya pada hujung minggu. Pagi itu semasa melalukan "ward round", sesampainya di hadapan bilik Haris, dia teragak-agak untuk masuk. Farha tahu, Hatis sudah sedar sepenuhnya, dia takut jika Haris dapat mengecamnya. Namun, atas sebab tanggunggjawab dan profesionalisme, dia menguatkan dirinya dan tekad untuk berlagak seperti biasa walaupun hatinya berbaur.

"En Haris apa khabar hari ni? Makin sihat?" tanya jururawat yang lainnya. Farha hanya mendiamkan diri.
"Alhamdulillah, saya semakin sembuh. Terima kasih semua atas bantuan yang telah diberikan semasa saya tidak sedarkan diri hari tu.."balas Haris ramah.

Tiba-tiba Haris dapat merasakan sesuatu yang menarik perhatiannya. Dia sendiri keliru dengan realiti dihadapannya.

"Farha......."sebut Haris perlahan. Dia terkedu di atas kerusi roda itu.

Farha segera memalingkan muka. Dia meneruskan langkah meninggalkan bilik itu. Hatinya kosong. Dia tidak menyangka Haris masih mengingati dirinya. Dia teringatkan sesuatu yang berjuntaian di lehernya. Rantai silver berserta loket berbentuk huruf "H" masih rapi di situ. Bukan Farha tidak mahu menanggalkannya, namun rantai itu seakan sudah sebati dengannya. Khalis pernah bertanya akan itu, Farha hanya membiarkan soalan Khalis berlalu tanpa jawapan.

Sementara itu di bilik Haris...

"Mummy, mummy nampak tak tadi jururawat yang berdiri kat pintu tadi? Haris rasa macam Farha je, mummy...?"
"Yang mana satu Haris? Mummy tak perasan pulak, hmmmm...anak mummy di banyak sangat fikir pasal Farha kot, tu yang terbayang-bayang.. Haris..Haris.."mummynya hanya mampu menggelengkan kepala.
"Betul mummy, Haris nampak Farha..Haris yakin tu Farha, dia pakai rantai tu.. Betul mummy..." Haris meyakinkan mummynya..
"Dah, Haris rehat sekarang. Mummya nak Haris cepat sihat. Makan ubat ni.." Mummynya menghulurkan ubat kepada Haris.
"Tapi mummy....."
"No tapi-tapi lagi..cepat, dengar cakap mummy.."Haris hanya menuruti kata ibunya. Dia yakin, jururawat tadi adalah Farha. Sambil merehatkan dirinya, kepalanya ligat memikirkan Farha. Seakan-akan Farha muncul untuk kembali kepadanya semula. Ya, dia sangat menyayangi Farha. Dahulu dia hanya mampu mengikut segala arahan mummynya sehinggalah dia mengugut mummynya. Saat itu, Datin Suliza tidak mampu lagi menolak sebarang tindakan yang dia ambil demi tidak mahu kehilangan Haris.

Setelah selesai shif Farha pada hari itu, dia bergegas pulang ke kampung. Persiapan untuk majlis pertunangannya sudah disediakan rapi oleh Khalis. Dia kenal akan Khalis, semuanya akan disediakan. Khalis tidak mahu menyusahkan pihak keluarga Farha.

Sementara itu..

Khalis keluar dari biliknya dengan berkerusi roda ke kaunter.

"Cik, boleh saya tahu..ada tak jururawat yang bekerja kat sini bernama Farha Izzati..?"
"Oh, cik Izzati..dia dah pulang bercuti, dengar kata dia nak bertunang. Kenapa ya, boleh saya bantu encik..?"
Haris kaget! "Bertunang..? dengan siapa..?" Haris hanya mampu melontarkan pertanyaan itu didalam hatinya, namun dia tak putus asa..
"Boleh saya dapatkan alamat rumahnya..?"
"Boleh saya tahu kenapa ya encik?" tanya jururawat itu.
"Dia kawan lama saya yang terpisah jauh, Hampir beberapa tahun saya tak jumpa dia. Saya ingat saya salah orang, rupanya betul.." Haris tersenyum kelat. Jururawat itu menulis sesuatu dan menghulurkan kertas itu kepada Haris.
"Ni alamat rumah mak dia, Encik bolehlah jumpa dengan dia.."
"Terima kasih ya.."

Haris berlalu dengan perasaan yang berkecamuk. Ada air jernih di pinggir krlopak matanya. Dia tekad untuk mencari Farha selepas dia keluar dari hospital itu.

*Bersambung..*

No comments:

Post a Comment