Suatu ketika dahulu...
"Hye sayang! Tengah buat ape tu??" Sapa Haris sambil menarik kerusi disebelah Farha.
"Assalamualaikum..kan lebih manis..ishhhh3..." tegur Farha.
"Waalaikumsalam intan payung sayang...."
"Kan comel tu. Haris buat apa kat sini? takkan nak study jugak kot?? Boleh masuk suratkhabar ni...hahahahaha!!"
"Haris datang sebab nak tgk Farha la, Haris rindu sangat tau kat Farha. Dah 2 jam Haris tak dpt jumpa Farha sebab jumpa Cikgu Siti tadi, sedih tau..."
"Baru dua jam, belum 20 tahun lagi..hehehehe..Haris dah makan ke rehat tadi? Farha tak nampak Haris pun kat koperasi?"
"Tadi lepas Haris jumpa cikgu, Haris ada meeting dengan persatuan, katanya nak lantik AJK baru. Haris terpaksa la follow...penat pun tak habis lagi, tapi bila tengok muka Farha yang kiut-miut ni, hilang sikit penat Haris.."
"Ayat manis je kan? Dah berapa ramai Haris umpan bebudak sekolah dgn ayat macam tu?"
"Eleh..cakap baik sikit tau, Haris guna kat Farha je tau..tup tup terkena pulak umpan Haris..rezeki kot! Lagipun Haris memang lama dah suka kat Farha.."
"Eleh, suka kat Farha ke suka kat kawan Farha sebenarnya? Macamla Haris dah lupa cerita dulu. Minat gila Haris kat Fatihah tu sampai tanya kat Farha hari-hari pasal minah tu..."
"Farha......ini cerita lama kan, dah Haris tak suka ungkit. Yang sekarang ni Farha je kat mata Haris tau. Haaaa, sebelum Haris lupa..Hari ni last day tau isi borang Universiti.."
"Farha dah isi dah semalam masa kat rumah, Haris pilih Universiti mana??"
"Kan kita dah janji sayang, kita nak masuk U yang sama, Haris nak jaga Farha kat sana. Nanti Farha tak boleh cari orang lain..."
"Farha bukan macam Haris ok.."
"Yela sayang, okla...loceng dah bunyi, nanti kita balik sama ea? Haris tunggu Farha kat tempat biasa, bye sayang...jangan nakal-nakal.."
"Bye Haris, take care. Jumpa nanti..."
Haris. Lelaki yang berjaya menarik minat Farha di sekolah menengah itu. Gaya, tutur kata, perwatakan itulah yang jelas menjadi sebab utama Farha memilih Haris. Haris amat disenangi oleh semua pelajar disekolah. Jawatan Ketua Pengawas yang diberikan sudah cukup membuktikan Haris layak digelar "Jejaka Idaman" oleh setiap pelajar perempuan di sekolah itu. Namun, Farha tetap menjadi pilihannya walaupun Farha tidaklah diantara pelajar yang terkenal.
Cinta yang mereka bina di sekolah diteruskan walaupun Haris berjaya menjejakkan kaki ke universiti.Namun, nasib tidak menyebelahi Farha untuk dipanggil oleh mana-mana Universiti. Hari berganti hari. Bulan berganti bulan. Perwatakan Haris berubah dari hari ke hari. Haris sudah jarang bertanyakan khabar Farha. Farha tetap setia menanti Haris kerana Haris adalah cinta pertamanya. Sehinggalah pada suatu hari...
Kring! Kring! Farha menjawab panggilan tersebut...
"Assalamualaikum, Farha ada??" tanya Haris.
"Waalaikumsalam, Haris!! Farha bercakap...Lamanya Haris tak call Farha pn, Farha rindu sangat kat Haris..Haris sihat? study macamma......." tidak sempat Farha menghabiskan soalannya, satu suara wanita pula bercakap dengannya..
"May I speak to Miss Farha Izzati binti Mohd Shah?" tanya wanita tersebut.
"Ssss....aaa...yyyyaaaa... bercakap, mak cik siapa ye?" tanya Farha kaget.
"How dare you call me like that?? I'm Haris's mother, Datin Suzila. I just nak bagi warning kat you, tolong jangan ganggu anak I lagi. You tak layak untuk dia, you get what I'm saying?? He's got another choice, better than you yang belajar pn tak tahu pucuk pangkal kat mana apatah lagi kerja. So, from now back off from my son..!!" herdik ibu Haris.
"Errmmmmmm.." Farha menahan sendu, walaupun airmatanya sudah deras mengalir...
"Maafkan saya Datin Suzila kalau saya mengganggu anak Datin Suzila. Tapi....."
"No excuses! By hook or by crook you mesti tinggalkan dia. If not, you'll be suffered for your whole life!"
Click! Talian terputus.
Farha tidak dapat menahan rasa kecewanya. Dia terus memeluk ibunya tatkala ibunya sedang melipat kain. Ibunya terkejut atas tindakan Farha.
"Ibu...Farha sedih sangat ibu..! Kenapa Haris sanggup buat Farha macam ni ibu, Farha sayang dia ibu, Farha tak boleh tinggalkan dia bu.. Haris dah tinggalkan Farha ibu..."
"Farha, kenapa ni sayang?" ibunya masih tertanya-tanya.
"Ibu.. Haris call tadi. Dah lama Haris tak call Farha bu, Farha rindu dia...Tapi belum sempat Farha cakap dengan Haris, mak Haris dah maki-maki Farha ibu..Dia suruh Farha tinggalkan Haris, apa salah Farha bu...apa dosa Farha bu..Farha tak kuat untuk semua ni..tolong Farha bu...." rayu Farha dalam tangisannya.
"Farha, anak ibu... Jangan bersedih macam ni, ibu faham perasaan Farha. Farha kena ingat, kita orang susah, tak sama taraf dengan mereka. Farha jangan macam ni, Farha kena kuat. Farha kan ada ibu, abah, adik..Farha sayang ibu kan..?" pujuk ibunya. Ibunya sendiri tidak mampu menahan kesedihan yang dirasakan anaknya..
"Farha sayang semua bu....." Farha terlena dalam dakapan ibunya.
Di rumah Haris..
"So, from now Haris tak perlu dah nak terhegeh-hegeh kat si Farha tu! Mummy tak suka, dia dengan kita jauh berbeza. Kalau mummy dapat tahu Haris berkawan dengan Farha tu lagi, mummy hantar Haris keluar negera..!"
"Mummy, apa ni semua?? Sampai hati mummy pisahkan Haris dengan Farha? Mummy tahu tak Haris sayang kat Farha. Mummy sanggup tengok Haris menderita?? Haris benci mummy!!!!" hari berlari menuju biliknya...
Namun, tangisan dan derita Haris tak didengari Farha...
*Bersambung..*
No comments:
Post a Comment