Bulan berganti bulan..
Farha dapat menyesuaikan diri dengan teman maya yang dikenali suatu ketika dulu, Khalis. Insan yang telah banyak memberikan Farha semangat. Kekuatan yang Khalis alirkan sama dengan semangat yang pernah Haris berikan dulu.
Patah tumbuh hilang berganti. Walaupun yang tumbuh tak sama dengan yang patah, sekurang-kurangnya dengan telatah Khalis dapat mengubati rasa sedih Farha di atas kisah silamnya. Tanpa Farha duga, rupa-rupanya Khalis bekerja dalam negeri yang sama kolej Farha.
Di suatu petang..
"Farha, Khalis rasa kan dari dulu lagi Farha kena datang sini. Kenapa dari dulu kita tak kenal kan? Boleh Khalis jaga Farha kat sini.."
"Tak apela Khalis, at least kita dah pun jadi kawan rapat kan? Allah sengaja je tak bagi kita kenal dulu, boleh buat surprise. Khalis, boleh Farha buat satu pengakuan?"
"Haaa..apa dia Farha?" tanya Khalis gugup.
"Khalis tahu tak yang Farha suka sangat kawan dengan Khalis, Khalis selalu ada masa Farha perlukan Khalis. Farha beruntung sangat Allah temukan Farha dengan Khalis tau..Terima kaih Khalis.." luah Farha.
"Ohhh..Khalis ingatkan pengakuan apela tadi. That's are what friends are for rite? Khalis pn happy sangat dapat kenal Farha, keletah Farha buat Khalis nak senyum je sentiasa. You're very nice girl, kalau umi jumpa Farha mesti umi suka kat Farha tau.. Umi tu sibuk sangat nak jumpa Farha.."
"Nanti kirim salam kat umi tau, Farha pun nak jumpa umi tapi Khalis tahu jela kan.. Farha da dalam final sem n final year, Farha busy sgt dengan assignment. Nanti Farha graduate, Khalis bawak umi skali ea??"
"Yela, bukan umi je satu kampung Khalis jemput tengok Farha ambil diploma tu..hehehehe..."gurau Khalis
"Nak makan penumbuk ke?? hahahaha..ala, kita ni standard diploma je kan......tak macam org tu........"
"Ishhhhh..Farha nk kena ea? Khalis kejar karang Farha tahula lari tak cukup tanah nanti.."
"Ok..ok..bab tu Farha mmg tak terer ea, tak oleh nak kalahkan Khalis..Farha surrender!"
"Dah petang ni Farha, lain kali kita datang sini lagi ea? Ajak Yumi sekali tak manis plak.."
"Ok Cik Khalis...baik boss..."
Mereka sama-sama menyusur pantai untuk pulang. Gugup. Itu perasaan Farha sekarang. Dia tidak tahu kenapa, setiap kali berdamping dengan insan itu dia jadi kaku. Boneka.
Di hostel Farha..
"Ehem..ehem..keluar dengan siapa tu Cik Farha Izzati...? Laki mana ko rembat tu??"tegur Yumi.
"Ko ni kan tak boleh tgk aku senang kan, ade je... Aku keluar dgn si Khalis tu, dia bawak pergi pantai. Aku ajak ko tak mahu.."
"Bukan tak mahu Farha oi....! Tadi kan ade meeting MPP, aku tak dapat teman ko..sorry ye dear..." pujuk Yumi.
"Nasib baik Khalis tu pandai borak kalau tak, batu la dua-dua.."
"Pssstttt..amacam? Boleh jadi bakal menantu mak ko tak?? hehehehe.."
"Perhhhhh ko soalan tak leh blah..aku kawan jela dengan dia, VCF ok, not more than that.."
"VCF? wow..first time aku dgr..cekodok mane plak tu?"
"Very close friend, u get that? Aku malas la nak fikir pasal mende-mende ngarut tu.."
"Mula-mula kawan pastu kawen..hahahaha.."
"Ada-ada je kan ko Yumi nak sakat aku? Karang aku kenenkan ko dgn Khalis nak??"
"Perhhh..mintak selisih derrrrrr.."
"Dahla, aku nak mandi, layan ko sampai ke sudah tak habis..."
Malam itu..
Hp Farha menjerit-jerit menandakan ada mesej masuk..
"Thanx sudi teman Khalis jalan-jalan harini.."
"Sama-sama, kebetulan Farha free.."
"Farha memang suka pantai ea?"
"Yup, tempat favourite Farha dengan............"
"Hehehehe, ingat lagi ea kat dia, Khalis jeles ni..hahahahaha.."
"Kenangan. Bak kata ibu, kita jadikan kenangan pengajaran.."
"Betul tu, at least kita pernah rasa perasaan sayang tu walaupun tak lama.."
"Farha rase relax sgt, Farha suka laut, nampak tenang tapi kadang-kadang ada jugak gelora. Macam hati Farha..huhuhu.."
"Aiiii,,lain macam je bunyi, gelora kenapa plak??"
"Eh2, tak ada pe, saje je cakap...heheheh.."
"Farha pergilah tidur esk ade kelas kan?"
"Yup, ade sampai kul 6..gila lah Farha lepas tu...kih3.."
"Jangan gila..uishhhhh..nanti tak ada nak kat Farha.."
"Biarla tak ada org nak pun..Farha ada ibu, abah ngan adik.."
"Jangan cakap macam tu, doa tau.."
"Upssss..sorry! Farha doakan adalah orang nak kat Farha ni, dah la tak mancung, pipi tersorong-sorong...k la ganggu Khalis je.."
"Ishhh..ada tau nak kat Farha...kah3..ok la, gud nyte, sweet dreams dear..HACKS! Assalamualaikum.."
"Asyik hacks je, xde gula2 lain ke?? hahahaa..Nyte too, waalaikumsalam.."
Pertanyaan Farha dibiarkan bagai angin yang berlalu....
*Bersambung..*
No comments:
Post a Comment