Assalamualaikum~Hello~Olla

Thanx for visiting my blog..Hope you'll enjoy it!!

Welcome~

Welcome~
Swadikaaaapppp~~

Wednesday, 11 January 2012

Aku, dia dan kamu IX

Farha meneruskan tugasnya di hospital seperti biasa. Kenangan yang tercipta semalam memberi satu kekuatan yang dia sendiri tak mampu mengawalnya. Ada getar dalam hatinya. Namun, semua itu tidak menjejaskan prestasi dan mutu kerjanya. Pagi itu, ramai ahli keluarga "Lelaki" itu di hadapan biliknya. Dia seakan mengenali insan yang sedang berjalan ke arah kaunter tempat dia berdiri, namun dia saja buat-buat tak tahu.

"Cik misi, boleh saya nak tahu keadaan anak saya?" tanya Puan Suliza.

Farha menundukkan keplanya, tidak berani. Dia seakan dapat mengecam suara yang suatu ketika dulunya pernah meragut kebahagiannya dengan Haris. Ya, dia yakin akan suara itu. Farha mendongakkan kepalanya perlahan-lahan. Bagai tiada darah yang mengalir di wajahnya. Pucat!

"Ermmm..Ppppuuuuu....aaaaannnnnn...."

"Panggil Puan Suliza, saya ibu kepada Mohd Haris. Saya nak tanya bagaimana keadaan anak saya selepas menerima rawatan di sini..?" tanya Datin Suliza, ada riak risau di wajahnya. Tetapi Datin Suliza seakan tidak mengecam Farha.

"Puan, anak puan dalam keadaan stabil sekarang, Puan jangan risau, kami akan cuba sebaik mungkin dalam memberi perkhidmatan kepada pesakit kami..." terang Farha dengan nada yang penuh gugup. Jantungnya berdegup bagaikan berlari 100km/jam.

"Terima kasih ye Cik.....boleh saya tahu nama cik?"

"Far....tak! Izzati, Puan boleh panggil saya Izzati.." Farha tidak mahu identitinya diketahui. Paling tepat dia tidak mahu dikenali oleh keluarga itu, dia hanya menjalankan tugasnya sebagai jururawat di situ.

"Ermmmm...Saya pun tak tahu boleh jadi macam ni, dia terlalu sayangkan kekasihnya. Saya tak patut pisahkan mereka., ini semua salah saya!" luah Datin Suliza sambil duduk di kerusi yang disediakan di situ. Ada manik jernih di pipi wanita tua itu. Garis kedutan makin kelihatan.

"Bersabar ya Puan, setiap apa yang kita lalui ujian dari Allah. Kita kena kuat.." pujuk Farha.

"Saya pun tak tahu cik, saya terlalu memikirkan masa depan dia.."

"Bersabar ya Puan..." hanya nasihat itu yang mampu diluahkan.

"Terima kasih ya cik mendengar luahan saya, saya kecewa dan menyesal atas apa yang saya dah lakukan ke atas Haris. Saya pergi dulu ya cik.." Datin Suliza berlalu.

Farha membalas senyuma Datin Suliza, ada nada sedih, ada nada pilu dalam hatinya. Dia tidak mahu dirinya di caci lagi, dia tidak mahu perkara yang sama berulang lagi, biarlah segala kenangan lalu dibiarkan sepi. Setelah masa melawat tamat, hatinya kuat ingin menatap wajah kesayangannya yang dulu, ya dia rindu! namun disimpan sahaja rasa itu. Dia menguatkan hatinya melangkah. Dia menolak daun pintu.

"Ya, dia Haris! Aku yakin dia Haris" kata hatinya. Tiba-tiba Farha terkaku, dia mengamati bait bibir Haris yang dalam keadaan separuh sedar itu.

"Farha...mana sayang pergi..Haris rindu Farha, dah puas Haris cari Farha, sampai hati Farha tinggalkan Haris, Haris sayang Farha..sayang...mana sayang pergi....Haris tak bersalah, Haris nak Farha....." racau Haris dalam tidurnya.

Farha terkaku, tergamam! Sesungguhnya dia tidak menjangka perkara itu. Dia menutup pintu bilik itu semula. Farha tidak dapat menahan sendunya. Ya, itu Haris! "Ya Allah, selamatkanlah dia.." bisik hati kecil Farha.

Farha berlari menuju ke tandas, dia menangis semahunya. Dia tidak mampu menahan relung hatinya. Dia rindukan Haris, dia terlupa akan Khalis. Allah benar-benar menguji dia. Dia tidak mahu mengecewakan Khalis, tetapi hakikat dihadapannya sukar untuk diterima Farha...

*Bersambung..*

No comments:

Post a Comment