Assalamualaikum~Hello~Olla

Thanx for visiting my blog..Hope you'll enjoy it!!

Welcome~

Welcome~
Swadikaaaapppp~~

Sunday, 8 January 2012

Aku, dia dan kamu VIII

Keesokan harinya...

Selepas habis tugasnya di hospital, Farha menelefon Khalis, Ada perkara perlu dijelaskan, ada perkara perlu diterangkan.

"Khalis, dah ada kat mana?" tanya Farha.

"Saya on the way, tunggu jap. Nanti saya amek awk dkt rumah.."balas Khalis

"Ok.."kata Farha pendek.

Pon! Pon!

"Assalamualaikum.."Khalis memulakan perbualan.

"Waalaikumsalam.."balas Farha

"Ermmmmm...kenapa Farha nak jumpa Khalis?"

"Kita berhenti kat tasik dulu boleh? Farha ada benda nak bincang dengan Khalis.."

"Ok.."

Khalis memberhentikan kereta di tempat letak kereta Taman Botanikal. Mereka duduk di bangku yang berdekatan di situ.

"Farha minta maaf kalau apa yang Farha nak bincang ni buat Khalis terluka.."

"Farha......"

"Let me starts first. Lepas apa yang Farha cakap ni, Farha harap Khalis tetapkan iman untuk bersama dengan pilihan Khalis. Jujur Farha cakap, Farha terlalu sayangkan Khalis, bukan sekadar kawan. Farha cuma nak Khalis tahu yperasaan Farha, Farha tak ada niat nak hancurkan perkahwinan Khalis. Tutur kata Khalis, membuai perasaan Farha, Farha rasa istimewa bila Khalis layan Farha.."

"Farha, Khalis dah agak perselisihan ni akan berlaku. Farha ingat Khalis nak kahwin dengan siapa? Farha jangan macam ni, Khalis dah aturkan yang terbaik buat kita. Tak de orang lain yang boleh ganti Farha dalam hati Khalis. Farha tahu tak, semalam Khalis tak tidur fikir penerimaan Farha bila Khalis bagitahu semalam..."

"Khalis, jangan main-main boleh tak..."

"Farha sayang, jangan macam ni ok..Khalis terlalu sayang Farha, Khalis tak boleh hidup tanpa Farha. Farha terbaik untuk Khalis, Khalis percaya Farha boleh bahagiakan dan jaga rumahtangga kita.."

"Khalis...." air mata Farha dah mengalir laju.

"Dah, jangan fikir lain..Khalis sayangkan Farha. Dah lama Khalis tunggu masa ni, Khalis dah tak boleh tahan perasaan Khalis. Khalis dah bagitahu Umi dengan Ibu Farha, Farha jangan risau, hujung bulan depan kita tunang ye sayang...senyum sikit untuk Abang...."

"Ermmmm, Khalis serius ke ni?"

"Sudikah kamu, Farha Izzati bt Mohd Shah untuk menjadi permaisuri abang?" kata Khalis sambil melutut di depan Farha.

"Khalis, bangunlah! Malu Farha camni, semua orang tengok kita.."

"Selagi Farha tak terima lamaran abg, abg takkan bangun.."

"Ya..ya..Farha terima.."ucap Farha. Semakin deras air matanya.

"Dah, jangan nangis.. Tak comel abg tengok sayang cmni.."

"Ehmmmm.." balas Farha sambil mengesat air matanya.

"From now on, panggil "abg" ok...sayang?"

"Errr..Kha...aaaabbbb...aaaanngggg.." kata Farha putus-putus.

"Tengok dah malu sayang abg ni..huhuhu..akhirnya, sayang mengaku jugak yang sayangkan abg kan.."

"Abg ni kan, Farha cubit nak.."

"Tengok da blushing, comel Farha mcm ni, abg suka...heheheh.."

"Abg ni kan...."

"Dah, jom balik ea sayang. Dah petang ni, abg nak drive balik lepas ni, nak jumpa Ibu Farha.."

"Ok..."

Mereka beriringan balik, bahagia. Itu yang diharapkan Farha. Ya, dia terlalu sayangkan Khalis. Malam itu, Farha tidur dengan perasaan yang bahagia.

*Bersambung..*

No comments:

Post a Comment