Keputusan Farha yang cemerlang membolehkan dia mendapat kerja di Hospital Putrajaya. Farha meneruskan kerjayanya di situ. Walaupun berjauhan dengan Khalis dan keluarganya, Setiap malam Farha akan tetap menelefon ibu dan abah. Khalis juga tidak pernah lupa walau sehari untuk bertanya khabar Farha.
Di hospital tersebut..
"Izzati, there's one emergency case need to be admitted in our ward, patient on backslab for both hand and legs. Please do the needful for that patient, I need to go to Ortho ward to take the other items that needed, thanx Izzati.." arah ketua jururawat di hospital itu.
"I will settle that case madam, you may go.." balas Farha dengan senyuman.
Setelah satu jam..
"New case for admission.."laung attenden yang menghantar pesakit berkenaan.
"Ok, please put this patient at 708, bed 2.. Is there anything needed for this patient besides all the backslabs?" tanya Farha.
"Patient need to oxygen 5 litre via face mask, daily flavin dressing over on abrasion wound. That's all staff nurse Izzati, anything important had been recorded in his case note.."
"Thanx.."
Farha menyelesaikan tugas-tugas bagi kemasukan pesakit berkenaan. Dia menyelak helaian demi helaian untuk mengetahui lebih lanjut tentang kes berkenaan..
"23 years old, Malay, Male. Accident with multiple abrasion wound over face and both upper and lower limbs and fracture both upper and lower limbs. Motor-vehicle accidents (Cars vs lorry) at 2pm. Patient is the car driver, suspected to be sleepy while driving. Not known identity as no identification card." baca Farha satu-persatu dalam hatinya. "Pelik..."ucap Farha perlahan.
Hatinya tergerak untuk melihat pesakit berkenaan. Dia mula melangkah ke bilik 708 itu, dengan hati yang penuh rasa ingin tahu dia menolak daun pintu. 'Lelaki' itu terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri. Tiada ahli keluarga yang menemani, barangkali keluarganya tidak mengetahui keadaan mangsa tersebut.
Kring! Kring!
Deringan telefon bimbit memecahkan lamunan Farha. Dia mencari-cari dari mana datang arah bunyi berkenaan. Setelah puas mencari, dia menjumpai telefon milik 'Lelaki' berkenaan di dalam plastik berisi barang-barang 'Lelaki' tersebut. Belum sempat Farha menjawab, panggilan tersebut mati.
Kring! Kring!
"Assalamualaikumm cik...." belum sempat Farha menjawab, satu suara sudah mencelah terlebih dahulu.
"Haris kat mana sayang? Mummy call Haris dari tadi, Haris pergi mana? Haris kenapa diam, tak jawab soalan Mummy? Haris??" tanya pemanggil berkenaan.
"Puan, saya jururawat yang bertugas untuk menjaga Haris, anak Puan. Puan bersabar ya, Haris di hospital kami sekarang, dia patah kedua-dua tulang kaki dan tangan. Puan diminta untuk memberi keterangan jika benar ini anak Puan.." terang Farha.
"Apa? Hospital?? Maafkan Mummy Haris, ibu tak patut buat Haris macam tu..maafkan Mummy Haris.." rintih Datin Suliza.
"Bersabar ya Puan, saya harap Puan datang segera ke hospital supaya identiti beliau dapat diketahui.."balas Farha.
"Terima kasih ya cik, cik tolong jaga anak saya sampai saya datang.." rayu Datin Suliza.
"Baik Puan, kami akan cuba sedaya yang termampu.." balas Farha.
Click! Talian terputus, Farha meletakkan kembali telefon 'Lelaki di tempatnya semula..
"Wait the minute, Haris.....???" detik hati Farha. "Tak mungkinlah..." Farha bermonolog.
Dia meneruskan kerja rutinnya seperti biasa.
Malam itu, Khalis menelefonnya..
"Assalamualaikum cik misi kesayangan saya...hehehe" gurau Khalis tapi mempunyai maksud yang mendalam. Panggilan "sayang" yang kerap keluar dari patah kata Khalis sudah lali di telinga Farha. Bukan Farha tak pernah marah, Khalis sengaja buat-buat tak faham.
"Waalaikumsalam cik engineer pereka rumah saya..hahahah.."gelak Farha.
"Sayang buat apa harini? Penat tak kerja?" tanya Khalis.
"Mestilah tapi bila tengok pesakit sihat, hilang penat saya tau..awk dah solat?"
"Dah baru je jemaah dengan Umi tadi..sayang, Khalis rindulah kat sayang, bila sayang cuti?"
"Tak tahulah, tapi dalam jadual Sabtu cuti sebab ada kes Farha kena settlekan.. Pesakit tu tak stabil lagi, kenapa awk?"
"Ermmmm..saya ingat nak jumpa sayang, nak turun KL, dah lama jugak saya tak pergi sana.."
"Owh..awk tak kerja ke? Kata nak simpan duit nak bina masjid?" gurau Farha.
"Nak bina masjid tu, bila-bila boleh. Cuma tunggu makmumnya sudi berjemaah atau tak je..hehehehe.."
"Amboi, dah ada calon makmum ke wahai cik Khalis...?"
"Dah, semua barang-barabg nak kahwin dah siap. Tunggu nak tetap tarikh je..."
"Awk ni biar betul..." Farha kaget.
"Yup, I'm serious. What I've said will come true.."balas Khalis yakin.
"Ermmmm...semoga awk bahagia.."balas Farha. Pendek. Hatinya berkecamuk.
"Eh, kenapa ni sayang? Am I hurting you...?"
"No..huhu.."
"Jangan tipu ok, saya dah kenal awk almost 2 years. You can't lie with me.."
"Saya gembira tengok awk happy.. by the way jangan lupa jemput saya.." ada manik jernih jauh ke pipi nya.
"Awk, kenapa ni? Are you crying? Saya....."
Click! Belum sempat Khalis menghabiskan ayatnya, Farha mematikan panggilan itu. Dia tidak sanggup. Dia kecewa. Tak tahu sebabnya. Dia sayangkan Khalis, ya! Dia sayang bukan setakat kawan.Dia mengaku, tapi hanya dalam hatinya. Malam itu dia terlena bersama Cik Ted dalam dakapannya..
*Bersambung..*
No comments:
Post a Comment